Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?



Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing-masing, siapalah yang nak jaga aku nanti?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia, di tangan anak dan di tangan suami. Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnyas sehingga meninggalnya seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodh, namun pada usia 60, 70, 80 massih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak-anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki dan rezeki itu hak Allah. Yakin.Yakin.Yakin

Jangan runsing belum ketemu jodoh. Jangan ribut belum ada zuriat. Jangan sedih hanya kerana beranak sorang. Jangan kalut klau hanya ada anak lelaki. Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
dan Allah itu adil, setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata Allah ada. Jangan takut.

Wan Mohd Faizal ®
Wan Mohd Faizal ®

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment