Apakah kawalan diri?
Kawalan diri bermaksud kebolehan mengawal impuls, menggunakan keseronokan sementara, melewatkan ganjaran (untuk mengawal) reaksi dan mempunyai toleransi terhadap kekecewaan.
Kenapa kawalan diri itu perlu?
Kawalan diri perlu supaya anda dapat mengawal tingkah laku dan kelakuan bermoral di khalayak ramai. Dengan mengawal diri, anda boleh melibatkan diri dalam perbualan sosial dan pengucapan awam.
Kawalan diri juga diperlukan apabila seseorang itu berkeseorangan. Contohnya dalam era Internet, mereka yang mampu mengawal diri akan:
- berupaya mengulasi diri sendiri tentang berapa jam yang diperlukan untuk bersosialisasi di alam maya.
- menghalang diri daripada menerokai laman terlarang
- berhenti daripada menggunakan blog secara sengaja untuk menyebarkan khabar-khabar angin yang memburukkkan rakan-rakan mereka.
Bagaimana mengetahui anda boleh mengawal diri?
Anda tahu anda boleh mengawal diri sekiranya:
- Anda mampu menghalang diri daripada bertindak ganas apabila dicabar. Menghalang diri dalam konteks ini bermakna kawalan impuls.
- Anda boleh menenteramkan diri apabila anda marah. Kemarahan yang keterlaluan, tidak terkawal dan terurus adalah akibat daripada pemikiran yang kusut. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu bertanya pada diri anda sendiri tentang bukti kenapa anda perlu marah, anda perlu melihat cara-cara lain menangani situasi dan berfikir dengan berhati-hati tentang apakah hasil yang anda dan organisasi peroleh dengan menunjukkan kemarahan.
Bagaimana membentuk kebolehan untuk mengawal diri?
- Ubahsuai kemarahan atau kekecewaan kepada pernyataan diri yang positif seperti “saya boleh atasi masalah itu” serta tingkah laku positif seperti bercakap sendirian untuk mententeramkan diri.
- Ingatkan diri anda supaya berhenti sejenak dan berfikir sebelum bertindak.
- Alihkan impuls negatif kepada positif dan cabar diri anda untuk melakukan sesuatu di sebalik apa yang anda percaya anda tidak dapat lakukan.
- Secara kognitif, kawalan diri dapat diregulasi melalui keadaan berfikir berkonstruk rendah iaitu memikirkan tentang kaedah daripada berfikir tentang hasil
- Amalkan teknik/latihan relaksasi seperti kawalan pernafasan dan latihan relaksasi otot secara progresif. Ini dapat membantu mengawal diri.
Apakah akibat jika anda tidak boleh mengawal diri?
Jika anda tidak boleh mengawal diri, anda akan mempunyai:
- keyakinan diri yang rendah.
- harga diri yang rendah.
- perasaan anxieti (keresahan)
- kekecewaan (pada diri sendiri)
Orang yang tidak boleh mengawal diri berisiko untuk dibuli, menjadi seorang yang tidak aktif dan gagal mengurus kehidupannnya sendiri.
Bagaimana memperbaiki kawalan diri?
Kawalan diri boleh diperbaiki dengan melakukan pengucapan awam, mengambil bahagian dalam perdebatan dan aktiviti sosial seperti melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum di sekolah dan organisasi yang memberikan pengalaman mendidik sebaik-baiknya.
Dimana anda boleh mendapatkan bantuan?
Jika anda mempunyai masalah memperoleh dan mengawal diri, anda perlu mendapatkan nasihat daripada Kaunselor, Pakar Kesihatan Mental, Psiko logis atau Pakar Psikiatri.
No comments:
Post a Comment