3 cara baharu menyimpan wang dengan berkesan:
1) Merekod Pendapatan "incomes" dan juga perbelanjaan "expenses" harian anda dengan bantuan aplikasi percuma didalam telefon pintar yang boleh dimuat turun secara percuma di googleapps atau playstore seperti expense manager. Selain anda dapat mengesan berapa peratuskah simpanan anda untuk sebulan dan tahunan, data juga boleh disimpan digoogle drive.
2) Menyenaraikan peruntukkan perbelanjaan bulanan anda seperti bil utiliti (elekrik/air/tambah nilai telefon, dll) - ini dapat membantu anda untuk memperuntukan pembahagian gaji mengikut keperluan dan selebihnya perbelanjaan tambahan- untuk membantu anda fokus bolehlah menyimpan document tersebut didalam bentuk doc dan disimpan di google drive.
3) Membuat keputusan berdasarkan 2 faktor utama iaitu: keperluan atau kemahuan sebagai contoh: perbelanjaan makan dan minum ialah keperluan manakala makan secara berlebihan di restoran mewah adalah kemahuan selain boleh menyebabkan obesiti.
No comments:
Post a Comment