10 Cara Urus Masa dengan Baik Berdasarkan 2 Buku Pengurusan Masa


Catatan dibawah adalah koleksi tip-tip terbaik mengurus masa dengan baik berdasarkan buku-buku yang terlaris dipasaran.


Berdasarkan review daripada BUKU PERTAMA ini "Time Management" by Richard Walsh (Penerbit professional lebih 20 tahun tinggal di Boston pegurus petukaran database) ada beberapa nilai yg menarik:

1) Pengurusan masa adalah activiti pengurusan yg melibatkan pengenalpastian tugasan dan mencari cara yang boleh dilaksanakan untuk menyelesaikan tugasan. Mempunyai byk tugasan menyebabkan burnout & kekecewaan

2) “Hurry sickness” adalah perasan tidak cukup masa utk menyelesaikan segalanya. Kualiti kerja selalu teruk apabila kita terlalu tergesa2 untuk merasa produktif

3) Ia adalah satu pembohongan dgn mengatakan ada boleh lakukan lebih dengan kurangnya masa & tenaga. Anda hanya akan lakukan byk kerja dengan lebih masa, usaha dan tenaga

4) Kita menggunakan kesibukkan kita untuk mengukur nilai diri kita, gantikan perkataan hidup dengan perkataan masa

5) Keeping tracking your time, tentukan aktiviti mana yg perlu lebih masa (high value), peruntukkan masa pada tugas yg penting, kenalpasti waktu yg anda optimum untuk melalukan kerja yg perlu tumpuan cthnya pagi. Buat aktiviti secara serentak contohnya mendengar ceramah sambil berlari, mendengar audiobook semasa ke tmpat kerja (take a short break after intensive activity)



Review daripada BUKU KEDUA iaitu "Make Time" oleh Jake and JZ (Perekabentuk produk berkerja dalam bidang teknologi perkhidmatan seperti gmail, Youtube dan Google hangout) ada beberapa nilai yg menarik:

1)  Buku ini memperkenalkan kerangka mudah untuk mengelakkan gangguan = kolam infiniti seperti media sosial melihat kisah berita yang merisaukan atau foto yang menimbulkan hasad dengki dari rakan (see a troubling news story or an envy-inducing photo from a friend), anda merasa lebih tertekan, mengekalkan tenaga (tidur berkafein). Meluangkan masa Melibatkan Empat Langkah Diulang Setiap Hari: Highlight/Keutamaan, Laser/Memberikan tumpuan. Energize/Bertenaga dan Reflect/Refeksi Tambahbaik. Kejutan berlaku semasa anda memulakan hari dengan satu tujuan keutamaan tertinggi, lebih banyak penyelesaian dicapai ketika kita mengawal penggunaan peranti

2) Highlight/Keutamaan: Mulakan Setiap Hari dengan Memilih titik tumpuan satu aktiviti untuk diutamakan dalam kalendar anda yang tidak semestinya anda perlu lakukan tetapi mahu lakukan, seperti bermain dengan anak-anak anda atau membaca buku menghabiskan masa untuk perkara-perkara yang penting dan tidak rugi  masa bertindak balas terhadap keutamaan orang lain, aktiviti yang mudah tetapi memuaskan Buat senarai dan banyakkan projek besar / fokus utama pastikan ada setiap hari 

3) Laser/memberi tumpuan: Menumpaskan Gangguan untuk Meluangkan masa untuk jadual waktu tumpuan Anda untuk memeriksa e-mel boleh memberi kesan besar Buat Halangan untuk Gangguan

4)  Energize/Bertenaga Gunakan badan untuk mengisi semula tenaga otak. mengecas bateri anda Dengan bersenam, makanan, tidur, dan bersemuka dengan orang. Tidur sekejap bagaimana menggunakan kafein secara strategik. Tetapi hari ini, kita mudah untuk merasakan bahawa otak adalah satu-satunya bahagian yang penting. Tubuh dan Otak kita berkerja terbaik ketika kita bergerak kita selalu sangka berat sebelah terhadap aktiviti yang kita anggap sebagai "senaman sebenar."hanya bila ia lama dan memenatkan tidak semestinya cukup 30 minit sehari.Tidak perlu sempurna yg penting konsisten

5) Reflect/Tambahbaik: Sesuaikan dan perbaiki Sistem Anda Anda tidak semestinya mencuba sesuatu yang baru setiap hari. Sekiranya apa yang anda lakukan adalah berkesan, teruskan! Taktik terbaik adalah yang sesuai dengan masa anda.


Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment