Wawasan 2020 – masa tu tahun 1991, aku baru Form 3. Berita, surat khabar, teks ulangkaji, petikan-petikan majalah penuh dengan idea Wawasan 2020. Wawasan 2020 ni merupakan brainchild Tun Mahathir. Tapi masa tu kita tak panggil Tun, kita panggil Dr. Mahathir. Memang berkobar-kobarlah semangat kita bila baca, bila dengar tentang Wawasan 2020, bahawa kita bakal maju setanding dengan Amerika, England and negara-negara maju yang lain.
Tahun 90-an ni bagi Malaysia merupakan zaman kegemilangan pasca merdeka. GDP kita setiap tahun naik, sampai mencecah 10% setahun. Makmur, aman dan yang paling best PM kita diantara PM paling disegani di dunia. Kereta nasional, jambatan Pulau Pinang, bangunan KOMTAR di Pulau Pinang, dasar pandang ke Timur – semuanya menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Sebagai seorang teenager pada masa tu, Wawasan 2020 ni walaupun kita tak paham sangat, memang menyemarakkan semangat untuk maju ke hadapan. Cita-cita masing-masing menggunung. Kalau aku, cita-cita aku nak kerja kat EPU, iaitu Economic Planning Unit, Jabatan Perdana Menteri. Sebab kat situlah aku dengar dia orang buat polisi-polisi kritikal untuk negara. Kat situlah dia orang buat dasar-dasar kesihatan, pendidikan, pertanian dan segala macam keputusan yang memberi impak besar kepada rakyat jelata.
So aku buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke UK. Aku cadang nak masuk Cambridge atau Oxford. So aku pulun habis-habisan biar dapat scholarship. Pukul 4.30 pagi aku dah bangun buat ulangkaji, tapi aku kena curi-curi study sebab bapak aku tak suka kalau anak perempuan dia cita-cita tinggi sangat. Dia memang nak aku jadi cikgu sekolah je. Perempuan kena jaga keluarga katanya. Tapi aku tak kisah. Yang aku kisah macam mana nak skor semua A1. Sebab kami masa tu, batch pertama buat KBSR and KBSM dimana Bahasa Melayu wajib diambil kira dalam pengiraan agregat SPM. So kalau nak scholarship ke apa ke, Bahasa Melayu memang kena A1. Untuk Bahasa Inggeris, kita kena buat English 1119 bagi mereka yang nak melanjutkan pelajaran ke UK atau US.
Tahun 1994, keluar result. Mak aku yang bawak balik slip keputusan. Cepat-cepat dia suruh aku tukar baju sebab wartawan tengah tunggu kat sekolah. Sampai-sampai, ‘The Star’ ada. ‘New Straits Times’ ada. Masa tu takde Malaysiakini. Dunia siber belum lahir lagi. Rupa-rupanya aku dapat keputusan tertinggi dalam Malaysia. 9A1, 1A2. Yang A2 tu dalam subjek Moral. Aku diantara 11 pelajar satu Malaysia yang dapat keputusan ini. Masuk Buletin Tengahari TV3 lagi. Mak aku seronok gila. Anak favourite dapat result tertinggi, best kan? Bapak aku masa tu tengah bertugas kat sekolah dia. Tapi bila balik tu, sempat pulak dia marah aku sebab aku bagi wartawan seorang tu masuk rumah buat wawancara. Haih….
So pendek kata, aku apply biasiswa JPA. Masa tu, semua top scorer memang pasti dapat scholarship luar negara. Aku letak Accounting, tapi bapak aku berkeras juga nak aku jadi cikgu, jadi dia letak ‘English Language’ sebagai pilihan kedua. Aku rayu nangis macam mana pun dia tetap dengan pendirian dia. Dua minggu lepas tu, aku dapat tawaran temuduga. Aku cerita kat interviewer yang aku silap isi borang. Bapak aku kan takde masa interview. Tapi last-last, aku dapat jurusan ‘English Language’ jugak. English Language ni macam mana aku nak masuk kerja kat EPU? Takkan nak mengajar Bahasa Inggeris kat EPU.
Pergilah aku ke Damansara buat rayuan. Putrajaya masa tu belum buat lagi, so semua urusan kerajaan dekat Damansara. Travel dari Kedah sampai KL. Rayuan ditolak bulat-bulat. Sebab kuota penuh. Walaupun sebab yang diberikan tu tak munasabah, aku accept je. Tapi dalam diam, hati aku jadi remuk-redam.
Macam mana pun, aku kuatkan balik semangat. Aku ambik keputusan buat STPM. Malulah jugak walaupun result terbaik negara tapi duduk balik kat sekolah lama. Tapi takpa, cikgu-cikgu ramai yang bagi sokongan. Dia orang turut kesian dengan aku. Semangat berkobar-kobar tu tiba-tiba datang balik. Aku pulun balik. Kali ini, I challenged myself even more. Tak dapat scholarship tak apa. Aku buat A-Levels sendiri. Pagi sekolah. Petang belajar A-Levels kat rumah secara self-study. Itulah cabaran paling hebat. Dalam tu, kena jaga kokurikulum lagi. Masuk segala aktiviti sukan dan persatuan. Semuanya agar dapat biasiswa nanti.
Tahun 1996. Aku dapat straight As dalam STPM yakni 80/80. Straight As dalam A-Levels sekali. The News Straits Times letak namaku dalam the List of Honour. Detik yang manis sekali. Mak aku dulu pernah nangis tengok aku penat menelaah siang and malam. Inilah hadiah paling besar aku dapat berikan pada mak bapak aku. Kalau ikutkan hati, aku nak masuk Cambridge buat jurusan Economics. Barulah boleh kerja kat EPU kan. Tapi aku fikir balik. Bidang Economics ni kadang bukan senang nak cari makan. Not everyone needs an economist. Kalau aku takde kerja nanti, siapa nak tanggung keluarga. So aku tukar fikiran. Aku buat keputusan buat Accounting, senang cari kerja. Tapi Cambridge dengan Oxford tak ada jurusan Accounting. Baru aku tahu. So the next best university di UK pada masa tu ialah the London School of Economics (LSE) yang mana fakulti accountancy-nya merupakan fakulti perakaunan paling terkenal di dunia. Aku buat permohonan and bukan sahaja diterima masuk, aku diberi biasiswa penuh sekali. Dalam aku bersiap-siap nak ke LSE, Bank Negara Malaysia(BNM) pula tiba-tiba tawarkan aku biasiswa. Kalau BNM, aku pasti ada kerja pulangnya ke tanahair nanti. So aku pilih BNM.
Bulan September 1996 aku jejakkan kaki kat London. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Itulah pandangan aku bila di London. Semuanya maju, tapi sejuk gila. Pukul 3 petang dah gelap. Makanan hambar. Budaya dia lain betul. Tapi takpe, aku pergi nak menimba ilmu, bukan nak jadi orang Inggeris pun.
Dalam tiga tahun aku di London, macam-macam berlaku kat Malaysia. Asian financial crisis, George Soros dan kemerosotan ringgit, krisis jerebu, krisis air dan krisis politik. Satu lepas satu. Ekonomi harimau-harimau Asia iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia semuanya terjejas teruk. Bank ada yang sampai kena tutup. Pelabur kerugian besar. KLSE jatuh hingga ke paras 262 mata.
Tahun 1999, aku pulang ke tanahair dengan First Class Honours. Masa aku kat London, fokus aku nak results terbaik. Biasalah, semangat Wawasan 2020 tu masih berkobar-kobar. Bagus jugak aku fokus dalam studies, duit scholarship setiap sen aku jimat. Dalam tu aku dapat macam-macam anugerah –dalam pound sterling pulak tu. Jadilah aku bawak pulang lebih daripada RM11,000. Hajat di hati nak buat duit pendahuluan beli kereta. Tapi perancangan bapak aku lain pulak. Dalam diam-diam, dia mintak orang masuk meminang. So duit tu aku bagi bapak aku ajelah, biar dia gembira. Aku tambah lagi dengan RM3000 yang aku jimat dari 3 bulan gaji permulaan aku yang pada masa tu lebih kurang RM1,700. Lepas tu, aku kahwin. Pilihan hati bapak aku okay jugak. Sebagai produk pendidikan sekolah Cina, suami aku ni dah dilatih untuk ‘live based on merit’ jadi takde lah babak ketuanan suami dalam hidup aku.
Aku mula kerja kat BNM September 1999. Tan Sri Zeti diangkat jadi Gabenor. Berbanggalah aku sebab itu buat pertama kalinya seorang wanita menjadi Gabenor BNM. Aku belajar banyak kat BNM. Kerja kat bahagian dasar. Memang benda-benda yang kita buat tu banyak kesannya kepada kestabilan sistem perbankan negara.
Masa tu, Putrajaya dah jadi pusat pentadbiran baru negara. Cyberjaya jadi pusat IT. KLCC Twin Towers menjadi mercu tanda baru buat Malaysia. Zaman perindustrian diganti dengan zaman informasi. Media alternatif mula mendapat perhatian. Akhbar-akhbar online seperti Malaysiakini, Jeff Ooi and Malaysia Today menjadi tatapan ramai. Zaman siber bermula. Internet dan telipon bimbit menjadi keperluan asas rakyat Malaysia.
Tahun 2000-an Malaysia dah lain. Krisis politik Malaysia terus berlarutan. Perhimpunan rakyat menjadi budaya baru. Tahun 2003, Tun Mahathir menyerahkan pucuk pimpinan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tahun 2009, Tun Abdullah bagi pada Datuk Seri Najib Razak pulak. Setiap PM ada dasar-dasarnya yang tersendiri. Kalau Tun Abdullah, GLC diperkasakan. Bidang pertanian diberi keutamaan. Memang baguslah sebab bila rakyat Malaysia bertambah banyak nanti, takyah lah bergantung sangat pada Thailand ke, India ke.
Masa Datuk Seri Najib di zaman 2010-an, banyak permbangunan dari segi infrastruktur pengangkutan. MRT, LRT dan sebagainya semakin canggih. Lebuh raya sampai empat tingkat. Bila kat stesyen Sentral tu, macam kat London Underground ataupun the Grand Central Station kat New York. Skim bantuan rakyat B40 pun diperkenalkan pada masa ni, ala skim ‘social security’ yang dah lama wujud di negara-negara maju. Rata-rata, dasar pembangunan negara sepanjang 30 tahun lepas memang excellent. Dalam 19 bulan ni sendiri, dibawah pimpinan Tun Mahathir, kita dah ada pelbagai inisiatif baru termasuklah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan inisiatif Industry4WRD, cuma benda-benda ni kurang dicanang-canangkan di media.
Disebabkan dasar-dasar inilah, sistem pentadbiran kerajaan, pengangkutan, pendidikan, kesihatan dan sebagainya kat Malaysia ni masih terurus and berjalan lancar. Bila aku keluar BNM tahun 2004 dengan kelayakan CFA untuk menjadi management consultant, iaitu penasihat strategi di syarikat swasta, aku sendiri sedar bahawa Wawasan 2020 ni sebenarnya bukan nak jadikan rakyat Malaysia kaya-raya, bukannya nak buat kereta terbang, bagi robot buat kerja rumah, buat percutian ke bulan dan sebagainnya. Wawasan 2020 ni sebenarnya adalah untuk memupuk nilai-nilai insani di kalangan masyarakat kita. Ini termasuklah nilai bekerja keras, disiplin, mengutamakan merit, keadilan dan kejujuran. Bila ada nilai-nilai ni, automatik kita akan maju dalam segala bidang, termasuk sains dan teknologi.
Malangnya rakyat Malaysia ramai yang salah faham tentang Wawasan 2020. So berlumba-lumba lah semua nak jadi kaya, nak pakai kereta impot, nak cuti luar negara. Produktiviti memang tak diberi keutamaan. Inovasi apa benda takde. Yang jadi keutamaan, siapa boleh bodek bos. Siapa yang pandai cari kabel. Siapa yang boleh kautim. Kalau ada yang pandai bijaksana di kalangan kita, bukan kita nak angkat dia jadi pemimpin. Mesti ada cerita kenapa masing-masing yang lebih berhak. Tapi bila dah bagi peluang dan ada masalah sikit, salahkan dasar, salahkan kerajaan and sebagainya. Lepas tu complain pulak pasal brain drain lah, kita takde kepakaran lah, sistem kita tak boleh terima pakai lah, meritokrasi takde lah. Dalam tu, ada pulak puak-puak sesetengah tu asyik buat comparative analysis dengan negara lain - rajin betul kutuk Malaysia, tapi makan, berak, kat sini jugak.
Selama aku bekerja di bidang swasta, aku nampak macam mana budaya rakyat Malaysia menjadi the biggest challenge untuk pelaksanaan pelbagai dasar. Obesiti, ketagihan media sosial, hutang rumahtangga, penguasaan Bahasa Melayu, Inggeris dan Matematik yang lemah, kurangnya semangat berdikari – semuanya adalah masalah at the family level, bukannya masalah dasar atau polisi. Bukannya salah syarikat awam atau swasta kalau dia tak nak hire kita. Yang salah kitalah sebab tak belajar ilmu-ilmu yang membolehkan kita mencari kerja di zaman informasi ni. Salah kita sebab tak nak bekerja dalam bidang-bidang yang kurang glamour, walaupun lumayan pendapatannya.
So pendek kata, esok bila tahun 2020 menjelma, aku dah 44 tahun. Dah ada syarikat sendiri dalam bidang teknologi, tapi masih pulun lagi sebab bidang ni kita kena terus belajar. Kerja keras ni memang dah jadi lumrah hidup aku. Anak-anak aku dah ada yang kat menara gading, maklumlah aku kahwin muda dulu.
Padaku, Wawasan 2020 ni harus diteruskan jadi Wawasan 2050, Wawasan 2080 and sebagainnya. Sebabnya, nak capai apa pun mesti ada cabaran dan liku-liku yang harus kita rentasi. For Malaysia, our value system is our challenge. Nilai-nilai insani kita adalah cabaran kita. Nilai-nilai inilah yang kita kena pupuk pada generasi muda sekarang. Ajar diorang untuk sentiasa improve their skill sets, their knowledge, terutamanya dalam bidang sains, teknologi dan matematik. Jangan galakkan generasi muda untuk terlalu libatkan diri dalam politik sebab benda ni kena makan banyak asam garam dulu, baru paham.
Yang paling best sekali dalam cerita ni aku rasa ialah the fact that Tun Mahathir yang mengasaskan idea ini akhirnya menjadi PM buat kali kedua dan berada di pucuk pimpinan tatkala tahun 2020 menjelma. Apa yang boleh kita belajar dari sini? Bahawa manusia yang berjaya pasti manusia yang mempunyai wawasan.
So, inilah cerita Wawasan 2020 ku. Ceritamu macam mana pulak?
By Rama Prabha
No comments:
Post a Comment