Model Pembelajaran 5E

Model pembelajaran 5E adalah berasakan pendekatan konstruktivisme yang mana murid mencari ilmu yang meraka inginkan dalam bahasa lebih mudah.

Model pembelajaran ini melibatkan 5 Fasa:

1) FASA 1 : Engage/Daya Penarik 

Guru memaklumkan kepada murid ubtopik yang akan dipelajri pada pengajaran yang akan datang. Murid menggunakan kesempatan semasa dirumah untuk melihat sepintas lalu subtopik yang akan dipelajari

2) FASA 2: Explore/Mencari Malumat

Murid meneroka isi pembelajaran dan membuat carian di Internet ataupun menggunakan laman Youtube untuk memahami isi pengajaran yang akan dipelajari. Segala persoalan ataupun perkarayang tidak difahami akan dicatatkan di dalam buku nota

3) FASA 3: Explain/ Menerangkan 

Semasa di sekolah, guru akan menerangkan isi pengajaran dan murid-murid akan mengaitkan dengan isi pengajaran yang mereka telah pelajari sendiri dirumah

4) FASA 4: Elaborate/Menghuraikan lebih lanjut

Guru akan menghuraikan segala persoalan yang tidak difahami oleh murid memandangkan murid-murid telah mencatatkan segala persoalan di dalam buku nota dan memanfaatkan peluang bersemuka dengan guru di sekolah untuk mendapatkan penjelasan bagi sesuatu topik yang masih belum dikuasi dengan baik.

5) FASA 5: Evaluate/Menilai

Proses penilaian bertujuan untuk menguji kefahaman murid dan guru akan menyediakan kuiz melalui medium seperti permaianan interaktif dan sebagainya.


Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment