8 Rahsia Berjaya ditawarkan Biasiswa HLP PhD


1) DOWNLOAD - Contoh Proposal PhD

2) DOWNLOAD - Contoh Slaid Pembentangan Proposal Phd

3) DOWNLOAD - Skema Permarkahan Temuduga HLP

4) DOWNLOAD - Nota Persediaan HLP

Tips Ekstra

- Sedia 5 Slides sahaja masa pembentangan 40 minit sharp.

- 40 Minit Present dihadapan 3 Panel( Pensyarah Universiti Awam, Pensyarah IPG, Pegawai Dari Kementerian Sendiri) gunakan gelaran Dr. Pada panel.

- Pada tahun 2021, seramai 530 orang berjaya ditawarkan HLP/HLPS/CBBPTB dari 3538 permohonan, 1893 lulus perakuan Ketua Jabatan, selepas saringan BBP 1505 dipanggil temuduga, - untuk makluman HLP 400 orang HLPS 86 CBBPTB 44. 5 orang pengajian luar negara.

- Interview suluruh Malaysia terdiri warga pendidik pelbagai peringkat organisasi (orang KPM, PPD, IPG, Matrik, KV dan sekolah SM & SK) diberikan HLP master & PhD berjaya Interview sama ada HLP/HLPS/CBBPTB(Rayuan), 

- Setiap pusat temuduga (IPG/Cyberjaya) anggaran 250 org dipanggil dan ada 6 pusat temuduga mengikut zon(Utara IPGSAH,Tengah (Cyberjaya),Selatan,Timur(IPG),Sabah(SPP),Sarawak).

- Sesi Interview 6 orang pagi 8.00-1.00 tgh & 4 orang 2.30-4.30 petang selama 5 hari. Isnin - Jumaat. KPM mempunyai hampir 1200 pelajar pascaperkhidmatan dibawah HLP bagi 3 tahun (2019,2020,2021) dari jumlah ini 1 orang sahaja sambung di luar negara.

- Bagi master secara berkumpulan 3 orang manakala Phd 1 orang bentang sharp 40 minit 5 slides termasuk memperkenalkan diri. Ada 5 bilik temuduga.

#Recap Posting di FB

ALHAMDULILLAH, SAYA BERJAYA DITAWARKAN CUTI BELAJAR HLP KPM TAHUN 2021 

Saya kongsikan 8 tips kepada rakan2 yang berniat sambung PhD supaya rakan2 yang mohon pun berjaya lulus temuduga dengan cara penulisan proposal yg betul dan juga menjimatkan masa. Sebelum itu, saya ingin berterima kasih kepada Dr.Othman Talib, Dr.Nurul Fadly, Kak Juliana Janjang pelajar PhD UKM (HLP KPM), Muhammad Adnan pelajar Phd UPM dan Taufek Harun pelajar Master UPSI (HLP KPM) & isteri (Nadz) kerana banyak berkongsi petua yang berguna dan berkesan. Sesungguhnya Allah memberkati usaha baik kalian dan semoga dimurahkan rezeki.

Tip 1

Selepas memohon dilaman web epenawaran. Sila pastikan ketua jabatan (Pengetua atau Guru Besar) buah pengesahan di laman epenawaran jika tiada username & password boleh hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan BBP KPM. Mereka kene contact sendiri. * Ini sangat penting, kerana kelulusan merekalah yg menentukan anda berjaya dipanggil temuduga if not sampai pencen pun tak panggil. Selain cukup syarat2 minimum untuk mohon.

Tip 2

Persediaan awal Penulisan Proposal dengan SMART, maksud saya smart disini belajar daripada orang yang TEPAT dalam bidang Penyelidikan berkaitan. Contohnya cara mengguna reference manager seperti Mendeley, Tamplate Zero Draft of Thesis (ZDOT) dari Dr.OT, cara menulis proposal Dr.Nurul Fadly yang mana anda boleh follow channel diorang di youtube banyak perkara yang anda akan tahu.

Tip 3

Persiapan rapi, dibawah post ini saya sertakan LINK untuk rakan2 DOWNLOAD Contoh Proposal yang dan juga Skema Permarkahan Temuduga HLP. Biar sama2 berjaya.

Tip 4

Jika masih tak dapat idea, boleh join bengkel Malaysia Postgraduate Workshop Series (MPWS) kelas setiap hujung minggu yang dikendali oleh Dr.Shuhairy Norhisham. Ada mcm2 bengkel hands-on di ajar oleh pensyarah2 prolifik cara nak cari tajuk kajian, permasalahan kajian atau GAP, pendedahan kepada cara menulis artikel berimpak tinggi dengan bantuan teknik dan perisian2 terbaru seperti Atlas ti. Versi 9.0, ref and write, perolehan artikel menerusi laman web scihub, status level artikel scimago. Selepas join bengkel ni, saya terus berubah dan dapat idea framework proposal yg sistematik. Dari bengkel ini saya kenal insan2 hebat dalam dunia scholars yang mindset diorang memang lain sgt jujur dan membantu seperti Dr.Hayrol a.k.a pengawas postgraduate seorang yang santai berkata2 yang penuh jenaka tapi deep *pakar dalam SLR dan penulisan jurnal berimpak tinggi. Sila follow FB beliau Hayrol Azril Hayrol. (*Kereta Mahal boleh bayar,untuk dapat ILMU & KESIHATAN jangan KEDEKUT)

Tip 5

Berjumpa dengan bakal supervisor sama ada by appointment or call dulu, email dulu, jika DEKAN sediakan dulu proposal boleh serahkan pada PA, jangan malu2 atau takut2 kerana rata2 mereka professional dan akan balas email anda balik, sentiasa tanamkan dalam fikiran semua orang bermula dari kosong tapi cara berfikir yang berbeza (orang positif akan berjaya orang negatif mudah dapat penyakit, orang yang neutral akan bishe2 sahaja). Minta pendapat mereka apakah tajuk yang sesuai untuk dilakukan oleh kerana mereka mmg sudah lama dalam bidang kajian dan sentiasa up to date.

Tip 6

Tambahkan kompetensi diri melalui kajian tindakan untuk manfaat murid dan organisasi, berlatih menulis seperti buku, jurnal EPRD KPM setiap tahun akan dibuka. Jangan sesekali keluarkan perkataan negatif dari mulut kerana itulah yang anda akan jadi (The Power of Doa)

Tip 7

Jangan pernah berputus asa dan sentiasa mencuba walau pun banyak kali gagal saya ambil pepatah jepun petikan buku Dr.Shuhairy Norhisham”JINSEI IRO IRO HITO SORE ZORE” iaitu “Nana korobi ya oki” jatuh 7 kali bangkit 8 kali.

Tip 8

Sentiasa berdoa selepas solat kerana Allah suka mendengar doa hambanya. Kalau takde rezeki perbaiki kelemahan yg ada kadang2 orang lain Nampak kesalahan yang kita anggap benda tu tak salah tanya pandangan rakan2 yg dah memperoleh HLP yg lain. Pasti ada jalannya. Okeh.

Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

15 comments:

  1. Salam cikgu. Mohon kongsikan skema permarkahan semasa interview.

    ReplyDelete
  2. wslm.saya dah kemaskini yang baru ditambah dengan Nota Persediaan HLP.good luck cikgu!

    ReplyDelete
  3. Tahniah cikgu, semoga terus cemerlang dan sihat sentiasa. Aamiin. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabat.Semoga tuan Mohd Suhaimim Isnen memperoleh manfaat dari perkongsian ini.

      Delete
  4. Tq for the sharing.
    Goodluck for your future endeavors.🤗👍

    ReplyDelete
  5. NAWAL ABD KADIR11/08/2021 7:39 pm

    Assalamualaikum wrht Cikgu..Terima Kasih atas perkongsian bermakna ni...saya sedang mencari arah dan panduan untuk menyambung pengajian dan memohon HLP, namun saya merasakan diri masih belum banyak maklumat..perkongsian cikgu membuka mata jiwa saya, semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua...

    ReplyDelete
  6. I am happy to find this post Very useful for me, as it contains lot of information. I Always prefer to read The Quality and glad I found this thing in you post. Thanks PhD Thesis Writing Service

    ReplyDelete
  7. I am just shocked after reading this, how a man can prepare his presentation in just forty minutes. That's what I've read about Essay Writing Service experts and I'm confident about them because I've tried them.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih cikgu.. perkongsian yqng sangat baik..

    ReplyDelete
  9. perkongsian yang menarik. terima kasih cikgu =)

    ReplyDelete
  10. Terima kasih cikgu atas perkongsian yg sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih tuan atas perkongsian yang bermakna. Doakan saya untuk hadiri temuduga April ini.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian cikgu.👍

    ReplyDelete
  13. Terima kasih cikgu atas perkongsian. Rujukan kepada kami yang baru berjinak dalam dunia HLP.

    ReplyDelete