- Penyelidikan Awal (Preliminary Study) ni kajian tentang topik yang membantu kita mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam dan baik tentang jenis sumber yang tersedia dan perkara yang diperkatakan tentang topik tersebut.
- Jenis penyelidikan ini membantu mengukuhkan topik dengan meluaskan atau menyempitkannya (menfokuskan secara terperinci).
- Penyelidikan awal ini juga boleh membantu kita bagi mendapatkan Istilah-istilah kata kunci/keyword bagi memperbayakkan lagi Carian Artikel Berkaitan. contoh mula2 baca tahu 1 keyword research sahaja, Selepas membuat preliminary study/penyelidikan awal kita tahu banyak sinonim lain contoh saya tahu kreativiti saintifik lepas baca/preliminary study 2 3 paper nama lain bagi kreativiti saintifk ialah kreatif dalam pembelajaran sains, imaginasi kreatif, pemikiran kreatif saintifik dan banyak lagi.
- Selain itu dapat membantu kita untuk kenal sumber rujukan utama kita untuk kita jadikan panduan awal atau rujukan utama, sebagai starting point bagi perkembangan research kita.
- Selalunya sebelum buat pernyataan masalah kita buat preliminary study supaya tahu dimana pengkaji berhenti sebelum ini, apa yang belum dikaji (gap) yang kita boleh buat, Contoh: kajian lepas ada researcher buat pada tahun 2019 sekian banyak paper mengenai paper computational thinking, dari dalam paper diorang kebanyakkan cadangan di bahagian kesimpulan supaya kajian akan datang kaji computational thinking melibatkan domain lain maybe dalam displin lain.
- prelimenary study membantu memperbanyakkan kata kunci untuk kita mendapatkan banyak artikel yang betui2 berkaitan dengan topik yg kita kaji sehingga kita dapati kebanyak artikel merujuk kepada penulis yang sama contoh dalam bidang STEM, sander 2007, thibaut 2018, shahali 2019 dll dipetik dalam kebanyakan paper itu menunjukkan kita dah hampir jumpa dimana paper itu bermula dan berakhir kesamaan pengarang yang leading author yang dipetik.
No comments:
Post a Comment