Apa benda tu Pemikiran Komputasional?

Pasti ramai yang masih belum tahu atau samar samar tahu, bila disebut mengenai pemikiran komputasional atau akronim "PK", atau lebih popular bila disebut dalam bahasa inggeris Computational Thinking


Saya juga dahulu memahami maksud awal secara terus, yang mana pemikiran komputational ini mungkin mempunyai perkaitan diantara komputer dan pemikiran.


Selepas menyertai bengkel mengenai PK ini, saya mendapati persamaan diantara istilah komputer dengan PK adalah melalui langkah langkah yang teratur dan juga istilah "Algoritma" yang merupakan kemahiran asas atau sub-kemahiran bagi PK.


Baik, sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut mengenai PK ini, saya akan menyatakan maksud PK yang sebenar.


PK adalah kemahiran berfikir yang secara asasnya terdiri daripada 4 sub- kemahiran iaitu 1) Penguraian Decomposition, 2) Corak Pattern, 3) abstrak Abstract, dan 4)Algoritma Algorithm yang digunakan oleh minda manusia untuk menyelesaikan sebarang masalah.


Wow, apa benda semua ini? Tak pernah dengar pun?


Baik saya akan menerang setiap sub-kemahiran berserta contoh mudah. Pertama, penguraian yang bermaksud keupayaan untuk memecahkan tugasan besar kepada tugasan kecil yang lebih mudah dilakukan.


Contohnya, pengaplikasian PK dalam menyelesaikan masalah harian adalah "Aca ingin membasuh pinggan, periuk dan sudu yang kotor".


Maka, langkah pertama PK adalah penguraian membahagikan tugasan yang sama kategori iaitu membasuh semua sudu dahulu, diikuti, pinggan dan mangkuk.


Kemudian, langkah kedua PK adalah corak iaitu mengenalpasti perkara yang sama atau berbeza. Contohnya basuh mangkuk adalah berbeza dengan basuh pinggan dan sudu.


Seterusnya, abstrak, mengenalpasti dan menyenaraikan perkara perkara yang paling penting atau "power point" mengenai sesuatu perkara berbanding penerangan yang kurang penting. Aca mengenalpasti perkara penting mengenai bahan atau cara membasuh yang diperlukan."


Maka, hasil pemikiran abstrak, Acha menyenarai 3 perkara penting seperti Air, Sabun, Span.


Keempat dan terakhir, langkah algoritma yang bermaksud menyenarikan peraturan secara langkah demi langkah.


Contohnya, Aca menyenaraikan membansuh mangkuk dahulu sebab lebih besar di sinki yang akan menghalang pergerakan berbanding pinggan dan sudu menggunakan Air, Sabun dan Span.


Jadi, berdasarkan penerangan bersama keempat-empat contoh bagi langkah PK diatas. Justeru itu, diharapkan masyarakat khususnya pendidik dapat melatih murid menggunakan kemahiran PK ini dalam membantu pembelajaran murid meraka. Sekian, wassalam.

Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment