Trend Penurunan Dividen dan Bonus ASNB dalam Tempoh 33 Tahun

Sebagai pelajar pascasiswazah, aku sentiasa belajar untuk menulis secara kritis iaitu menganalisis secara perbandingan, menilai tinggi dengan rendah dan mentafsir data mengenai sesuatu isu. Jadi, hari ini aku cuba ulas secara kritis pengumuman dividen dan bonus oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang baharu sahaja diumumkan hari ini.

Berdasarkan tempoh 33 tahun pemberian Dividen dan Bonus ASNB sejak tahun 1990 diperkenalkan, didapati keuntungan bersih Permodalan Nasional Berhad (PNB) menunjukkan trend penurunan yang mendatar. 


Walaupun tahun ini 2023 kadar pemberian Dividen and Bonus mencatatkan sedikit peningkatan iaitu 5.25% berbanding 3 tahun lepas, kadar peningkatan adalah sederhana. 


Terjemahan dari trend keuntungan selama tempoh 33 tahun ASNB ini juga dapat meramalkan bahawa ekonomi Malaysia kekal rendah dalam tempoh 20 tahun akan datang dengan nilai matawang Malaysia akan berada dalam lingkungan 4.3 hingga 4.5 berbanding US dolar. 


Maka, dapat disimpulkan disini dari segi pelaburan jangka panjang ASNB masih dapat menjamin keuntungan yang rendah berbanding instrumen pelaburan lain seperti emas dan hartanah yang nilainya semakin tinggi. Sekian, Wassalam - Faizal Nasir.

Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment