Cukupkah Gaji Guru Sekolah Menengah di Malaysia?

Berikut adalah penilaian menyeluruh mengenai kecukupan gaji guru dan perbandingan global.


Menurut sumber rasmi dan sahih, purata gaji bulanan bagi seorang guru sekolah menengah di Malaysia yang sudah mengajar dalam tempoh 12 tahun adalah sekitar RM7400 termasuk elaun.  (Sumber: SalaryExpert).


Perbandingan Gaji Global


Berikut adalah purata gaji bulanan guru sekolah menengah di beberapa negara lain, ditukar kepada mata wang Malaysia (RM) menggunakan kadar anggaran 1 USD = RM4.50:


1. Luxembourg: RM37,500

2. Jerman: RM26,250

3. Belanda: RM26,250

4. Australia: RM22,500

5. Amerika Syarikat: RM22,500

6. Korea Selatan: RM19,350

7. Singapura: RM18,000

8. Jepun: RM17,550

9. China: RM11,250

10. Turki: RM12,375

11. Thailand: RM8,550

12. Poland: RM9,750

13. Republik Czech: RM9,375

14. Slovakia: RM7,500

15. Malaysia: RM7,400


Sekiranya gaji guru malaysia dibandingkan di peringkat antarabangsa, nilai bersihnya bersamaan sekitar USD 1,641 sebulan. Ini menempatkan Malaysia pada tahap sederhana ke bawah berbanding negara-negara lain. Negara-negara seperti Singapura, Thailand, Jepun, Korea Selatan, dan Australia mencatat gaji yang lebih tinggi seiring kos sara hidup juga jauh lebih tinggi.


Sebaliknya, walaupun Malaysia mencatatkan gaji terendah dalam senarai, tetapi kos sara hidup adalah lebih rendah berbanding negara yang dibandingkan.


Berikut adalah perbandingan kos sewa bulanan untuk rumah teres dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air di kawasan luar bandar antara Malaysia dan beberapa negara lain (Sumber:PropertyGuru):


Singapura: RM6,800 hingga RM10,200.

Korea Selatan: RM2,800 hingga RM4,200.

China: RM1,950 hingga RM3,250.

Jepun: RM1,920 hingga RM2,880.

Thailand: RM1,300 hingga RM1,950.

*Malaysia: RM1,000 hingga RM1,500 


Malaysia menawarkan kos sewa yang lebih rendah berbanding Singapura dan Korea Selatan, tetapi setanding dengan Thailand, China, dan Jepun.


Kesimpulanya

Gaji bulanan guru sekolah menengah RM7,400 adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup di Malaysia dan selaras dengan standard kebangsaan untuk guru berpengalaman. Walaupun gaji guru di Malaysia berada pada tahap lebih rendah berbanding negara maju seperti Jerman, Singapura, dan Korea Selatan, kos sara hidup yang lebih rendah di Malaysia memberikan keseimbangan yang wajar dan kualiti hidup yang baik.


Faizal Nasir
Faizal Nasir

Ini adalah biografi ringkas penulis artikel. Faizal Nasir guru Sains dan Matematik sekolah menengah. Beliau telah berkhidmat selama 8 tahun di 4 buah sekolah. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Ijazah Sarjana Pendidikan Kimia (UPSI). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian mana-mana pihak.

No comments:

Post a Comment